• Zahida Dental
    Senyuman Gembira, Sihat, dan Menawan
    Selamat datang ke Klinik Pergigian Zahida, kami sekumpulan individu
    yang berdedikasi untuk membantu anda mengatasi masalah pergigian
    anda, dari rawatan sakit gigi hingga rawatan pergigian kosmetik. Staf
    kami yang berkualiti tinggi serta berpengalaman boleh menasihati anda
    dan membantu anda mencapai keperluan anda untuk memberikan
    anda senyuman yang menawan.

    Anda bukan sahaja menukar senyuman anda, tetapi gaya
    hidup anda. Syabas atas senyuman baru anda!
    Pemutihan Gigi
    Orthodonsi
    Lokasi
    Cara mudah untuk anda mengunjungi kami.
    Lihat Peta
    Perkhidmatan Profesional
    Kami menyediakan pelbagai rawatan dengan harga yang kompetitif.
    Perkhidmatan Profesional
  • Profil Klinik

    Klinik Pergigian Zahida telah memberikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti di Seksyen 8 Shah Alam selama lebih dari 15 tahun.
    Doktor gigi utamanya, Dr Eliza Ahmad Iqhbal, BDS (Malaya), mempunyai lebih dari 17 tahun pengalaman dalam bidang pergigian, dan setelah 6 tahun bekerja di Klinik Pergigian Zahida, beliau telah diberi peluang untuk mengambil alih pengurusan klinik pada tahun 2006. Klinik telah diberi nafas baru supaya pesakit-pesakit kami dapat mendapatkan rawatan dalam keadaan yang lebih selesa.

    Klinik Pergigian Zahida juga bersyukur kerana telah dapat memperolehi perkhidmatan sebilangan doktor serta pakar pembedahan pergigian yang berhemah tinggi untuk memberikan rawatan pergigian berkualiti tinggi kepada anda.

    Kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu tahap perkhidmatan yang diberikan di Klinik Pergigian Zahida untuk membantu anda mendapatkan segala keperluan pergigian anda.
    Jururawat Kami: Lily, Wati & Hasnah
  • Perkhidmatan Profesional

    Implants
    Menggantikan gigi yang hilang, menggunakan teknik implan terkini
    Removable Prosthodontics
    Dentur / Gigi palsu penuh atau separa
    Oral Surgery
    Cabutan, pembedahan geraham bongsu, pembuangan sista.
    Orthodontics
    Rawatan ortodontik dengan aplians tetap/ boleh tanggal.

    Periodontology
    Rawatan cuci gigi serta rawatan periodontal biasa atau melibatkan surgeri
    Restorative and Endodontic
    Rawatan pergigian kosmetik menggunakan tampalan berwarna gigi, rawatan kanal akar, tampalan biasa, korona dan jambatan gigi.
    Preventive Dentistry & Hygiene
    Nasihat tentang penjagaan gigi, tampalan fisur gigi untuk mencegah kerosakan, rawatan florida.
    Other Services
    Perubatan Mulut
    Rawatan Sendi Temporomandibular
    Aplians gigitan
    Pemutihan gigi menggunakan Beyond Power
    X-Ray gigi
  • Promosi
    Sila Klik salah satu topik berikut untuk keterangan lanjut mengenai promosi kami
    Pemutihan Gigi
    Ortodontik

    Kami menyediakan dua jenis rawatan pemutihan gigi. Rawatan yang pertama adalah jenis bawa pulang ke rumah, yang diimport dalam kuantiti yang besar dari pengilang di USA, jadi kami boleh memberi anda penjimatan yang lebih. Jenis ini harga rawatan cuma RM250 dan merangkumi 2 kali lawatan ke klinik, iaitu lawatan pertama untuk pemeriksaan gigi serta pengambilan acuan gigi, dan lawatan kedua untuk anda mengambil tray dan gel yang telah siap. Tempoh pemakaian tray dan gel ini adalah lebih kurang seminggu dan terbukti berkesan.

    Jenis rawatan pemutihan gigi yang kedua adalah pemutihan gigi selama lebih kurang sejam, yang dilakukan di klinik oleh doktor gigi anda, yang menggunakan sistem “Beyond” dan kosnya RM1300. Rawatan ini memerlukan anda membuat temujanji di klinik untuk pemeriksaan gigi supaya dapat dipastikan gigi anda dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk menjalani rawatan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pesakit mengalami pemutihan gigi sebanyak sepuluh shade dalam masa satu jam.
    Pemutihan Gigi
  • Harga

    Bergantung pada jenis rawatan yang anda perlukan, contoh kos rawatan biasa adalah seperti berikut:
    1.
    Cuci gigi: Untuk perkhidmatan rawatan cuci gigi secara profesional, kos biasa adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM150 (bergantung kepada tahap kekotoran gigi)
    2.
    Tampalan: Menyelamatkan gigi anda adalah keutamaan nombor satu kami. Supaya gigi anda tahan lebih lama, tampalan diperlukan jika gigi berlubang. Kami menggunakan bahan tampalan terbaik untuk menampal gigi supaya anda memperolehi senyuman yang boleh dibanggakan. Bergantung pada saiz tampalan/kerumitan, kos rawatan tampalan biasanya antara RM30 hingga RM150.
    3.
    Cabutan: Dalam kes di mana gigi terpaksa dicabut kerana tidak dapat diselamatkan, kos untuk cabutan adalah dalam lingkungan RM50 ke atas untuk cabutan biasa, dan untuk cabutan yang lebih sukar dan melibatkan pembedahan kecil RM150.
    4.
    Ortodontik: Untuk membetulkan susunan gigi berlapis atau tidak teratur, kos untuk mencantikkan gigi hanya RM4000 ke RM5000 dan kami menyediakan kemudahan pembayaran secara ansuran, anda hanya perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM1500 semasa pemasangan.
    5.
    Pembedahan Geraham Bongsu: Kami menyediakan rawatan yang dilakukan oleh seorang pakar pembedahan pergigian yang berpengalaman dan kos adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM800. (Bergantung kepada tahap kerumitan pembedahan tersebut).
    6.
    Korona dan jambatan: Untuk kes-kes di mana tampalan sahaja tidak memadai, kemungkinan sarung gigi atau korona perlu untuk memperkukuhkan struktur gigi yang telah lemah atau mencantikkan gigi yang bentuknya kurang cantik. Jambatan gigi adalah sebilangan korona yang bersambung untuk menggantikan gigi yang hilang, yang disimen secara kekal pada gigi yang bersebelahan dengan ruangan tanpa gigi tersebut, kosnya adalah dalam lingkungan RM500 ke RM1000 seunit (bergantung pada jenis bahan korona tersebut diperbuat).
    7.
    Implan: Implan adalah akar gigi tiruan (yang diperbuat dari titanium) yang ditanam terus ke dalam rahang melalui prosedur pembedahan kecil, yang dilakukan oleh pakar pembedahan pergigian kami. Implan gigi berbeza dengan jambatan gigi tradisional kerana tidak bergantung kepada gigi bersebelahan sebagai penyokong. Kos untuk menggantikan sebatang gigi melalui implan adalah RM5000 termasuk korona terakhir.
  • Dekatkan tetikus ke ikon untuk penerangan lebih lanjut
    Lokasi

    Klinik Pergigian Zahida
    24A, Jalan Liku B, 8/B Seksyen 8,
    40000 Shah Alam, Selangor,
    Malaysia
    Tel
    Fax
    Email 
    : +603 5519 7441
    : +603 5519 7441
    : dreliza@zahidadental.com
    Muat turun versi cetak
    Lihat di peta

    Kami ada di


  • Soalan Lazim

    Sila datang ke klinik untuk pemeriksaan percuma anda, dan anda dapat berbincang dengan doktor gigi anda jenis-jenis rawatan yang berkesesuaian dengan anda.

    • Adakah kos yang khas untuk pelajar?
    Kami menyediakan pelan pembayaran yang memudahkan anda mendapatkan rawatan braces, sila datang untuk pemeriksaan percuma supaya anda dapat berbincang dengan lebih lanjut.



    • Berapa lamakah tempoh rawatan pemutihan gigi?
    Doktor gigi anda akan memberikan rawatan pemeriksaan percuma, dan memberi nasihat tentang rawatan lain yang mungkin perlu dilakukan terlebih dahulu, tetapi terpulang kepada diri anda untuk menerimanya. Doktor gigi anda selalunya menasihati anda mendapatkan rawatan cuci gigi dan tampalan gigi yang berlubang terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil rawatan yang optima.

    • Adakah sebarang kos tambahan untuk pemutihan gigi RM250?
    Tiada sebarang kos tambahan.


    • Apakah itu rawatan pemutihan di kerusi rawatan?
    Rawatan pemutihan gigi di kerusi rawatan adalah rawatan pemutihan gigi anda yang dilakukan sendiri oleh doktor gigi dan proses mengambil masa lebih kurang sejam. Rawatan pemutihan di kerusi rawatan menggunakan gel yang lebih kuat, bahan perlindungan gusi, serta lampu khas untuk mempercepatkan proses pemutihan gigi.


    • Kenapa sistem pemutihan gigi di klinik ini kosnya lebih rendah?
    Kami memberikan rawatan pemutihan gigi yang walaupun kosnya lebih rendah tetapi terbukti berkesanannya . Disebabkan kami mengimpot bahan pemutihan secara banyak, kami dapat memberikan penjimatan kos ini kepada anda. Pesakit kami telah menggunakan sistem rawatan ini selama lebih 2 tahun, dan mereka sangat berpuashati dengan hasil yang didapati.